Isnin, 22 April 2013

Perundangan mut'ah di Brunei


Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1999 adalah merupakan undang-undang yang khusus memperuntukan tuntutan mut’ah di negara Brunei. Jika Malaysia menggunakan perkataan seksyen negara Brunei menggunakan istilah bab bagi peruntukan didalam undang-undang bertulisnya itu. Manakala istilah ceraian digunakan pula untuk merujuk kepada perkataan sub-seksyen yang digunakan di Malaysia.


Menurut bab 2 (1) Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1991 tersebut ditakrifkan mut’ah itu sebagaimana berikut:

Mut’ah bermakna pemberian yang wajib keatas suami kepada jandanya mengikut Hukum Syara’.

Menurut bab 2 (1) itu juga Hukum Syara’ diberikan takrifnya seperti berikut:

Hukum Syara’ bermakna hukum-hukum menurut mana-mana mazhab yang sah pada pendapat Mahkamah.

Bidangkuasa Mahkamah untuk mengeluarkan Perintah terhadap suami untuk membayar mut’ah kepada jandanya ada diperuntukan oleh bab 57 Perintah Darurat (Undang-Undang Keluarga Islam) 1991 sebagaimana berikut:

57. Pemberian saguhati kepada perempuan
Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya, boleh memohon pemberian saguhati (mut’ah) kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan, memerintahkan suami supaya membayar sejumlah wang sebagaimana yang mungkin wajar dan patut mengikut Hukum Syara’.

Bayaran mut’ah tersebut tidak memberi kesan mahupun menggugurkan hak janda itu kepada apajua bahagian mengenai mas kahwinnya, belanja dan pemberian. Ini dinyatakan didalam bab 58 perundangan tersebut yang memperuntukan:

58. Hak terhadap mas kahwin dan sebagainya tidak akan terjejas
Tiada sebarang apa pun yang terkandung dalam Perintah ini boleh menjejaskan apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri dibawah Hukum Syara’ terhadap mas kahwinnya, belanja dan pemberian kepadanya atau mana-mana bahagian mas kahwin, belanja dan pemberian itu apabila perkahwinannya dibubarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan