Isnin, 6 Mei 2013

peruntukan perundangan seluruh Malaysia


Bagi setiap Negeri-Negeri di Malaysia masing-masing kini mempunyai peruntukan mengenai tuntutan mut’ah secara asas. Kesemuanya mempunyai tafsiran makna mut’ah didalam perundangan masing-masing sebagaimana yang diperuntukan didalam seksyen 2 mereka. Kesemuanya juga merujuk kepada maksud istilah mut’ah disisi Hukum Syarak atau undang-undang Islam.

Penulisan blog kali ini adalah suatu catatan nota ringkas saya mengenai perkara berikut menurut peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri di Malaysia ketika ini:

i.             Makna perkataan “mut’ah” mengikut peruntukan statutnya;
ii.  Mengenai bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam memerintahkan pembayaran mut’ah; dan
iii.  Tafsiran makna perkataan “Hukum Syarak” mengikut peruntukan statutnya.

Jika diteliti kesemua peruntukan undang-undang tersebut memang terdapat persamaan dan juga terdapat perbezaan antara satu sama lain. Namun secara umumnya perbezaan yang ujud tidaklah mempunyai signifikan yang besar kerana pada dasarnya kesemuanya masih tertakluk kepada Hukum Islam. Oleh itu keputusan Mahkamah Syariah dalam mana-mana negeri di Malaysia masih boleh dijadikan panduan untuk negeri yang lain di Malaysia. Tidak ada masalah.

Ingin dinyatakan disini bahawa perkataan ‘Hukum Syarak’ yang dirujuk dalam tafsiran mut’ah bagi Negeri-Negeri di Malaysia [selain Terengganu, Perlis, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Sarawak] mengikut seksyen 2 statut Negeri-Negeri tersebut adalah ditafsirkan sebagai:

Hukum Syarak yang dimaksudkan mengikut mana-mana satu dari pandangan Mazhab Shafie, Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali.

Perkataan Hukum Syara’ yang dirujuk dalam tafsiran mut’ah bagi Negeri Terengganu pula tiada ditafsirkan oleh statutnya.

Perkataan Hukum Syarak yang dirujuk dalam tafsiran mut’ah bagi negeri Perlis mengikut seksyen 2 statutnya adalah ditafsirkan sebagai: Undang-undang Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah S.W.T.

Perkataan Hukum Syarak yang dirujuk dalam tafsiran mut’ah bagi Wilayah Persekutuan mengikut seksyen 2 statutnya adalah ditafsirkan sebagai: Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf.

Negeri Sarawak pula menggunakan syarat ‘Undang-Undang Islam’ kepada makna mut’ah dan tafsirannya adalah di seksyen 2 statutnya iaitu:

"Undang-Undang Islam" ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis.

Berikut ialah peruntukan-peruntukan serta undang-undang yang berkaitan bagi kesemua negeri yang dinyatakan diatas.

1.                AKTA 303 - AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 

Perkataan mut’ah bagi Wilayah Persekutuan mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 56 Akta tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 56 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syara” ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

2.             ENAKMEN 17 TAHUN 2003 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

Perkataan mut’ah bagi Negeri Johor mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Fasal 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan.
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

3.    ENAKMEN 11 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

Perkataan mut’ah bagi Negeri Kedah mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan untuk memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali;

4.           ENAKMEN 6 TAHUN 2002 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002 (kelantan)

Perkataan mut’ah bagi Negeri Kelantan mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali;

5.             ENAKMEN 12 TAHUN 2002 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

Perkataan mut’ah bagi Negeri Melaka mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar apa-apa jumlah wang yang wajar dan adil mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali;

6.            ENAKMEN 11 TAHUN 2003 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SEMBILAN) 2003

Perkataan mut’ah bagi Negeri Sembilan mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

 “mut’ah” ertinya bayaran sagu hati yang diberikan dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami supaya membayar sejumlah wang yang adil dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hambali, Hanafi atau Maliki;

7.           ENAKMEN 3 TAHUN 2005 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005 (PAHANG)

Perkataan mut’ah bagi Negeri Pahang mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali;

8.     ENAKMEN 3 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004

Perkataan mut’ah bagi Negeri Pulau Pinang mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali;

9.              ENAKMEN 6 TAHUN 2004 - ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

Perkataan mut’ah bagi Negeri Perak mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

"mut'ah" ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan supaya suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali

10.   ENAKMEN 4 TAHUN 1992 - ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991 (PERLIS)

Perkataan mut’ah bagi Negeri Perlis mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

"mutaah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 56 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 56. Mutaah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 56 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

"Hukum Syarak" ertinya Undang-undang Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah S.W.T.

11.       ENAKMEN 8 TAHUN 2004 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004 (SABAH)

Perkataan mut’ah bagi Negeri Sabah mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi, atau Hanbali

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut'ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian sagu hati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

"mut'ah" ertinya bayaran sagu hati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

12.       ORDINAN 43 TAHUN 2001 - ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2001 (SARAWAK)

Perkataan mut’ah bagi Negeri Sarawak mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

"mut'ah" ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Undang-Undang Islam kepada isteri yang diceraikan

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 56 Ordinan tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 56. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Undang-Undang Islam

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 56 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

"Undang-Undang Islam" ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis;

Menurut seksyen 2 Ordinan tafsiran "Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41]; 

13.       ENAKMEN 2 TAHUN 2003 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

Perkataan mut’ah bagi Negeri Selangor mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

“mut’ah” ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 58 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 58 diatas adalah ditafsirkan didalam seksyen 2:

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

14.    ENAKMEN 12 TAHUN 1985 - ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM (TERENGGANU) 1985

Perkataan mut’ah bagi Negeri Terengganu mengikut seksyen 2 statutnya ditafsirkan sebagaimana berikut:

"mut'ah" ertinya pemberian saguhati yang diberi menurut Hukum Syara' kepada isteri yang diceraikan;

Mengenai bidangkuasa Mahkamah dan memerintahkan pembayaran mut’ah bagi negeri ini ia diperuntukan oleh seksyen 55 Enakmen tersebut sebagaimana berikut:

Seksyen 55. Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.
Selain dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut'ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut menurut Hukum Syara'.

Perkataan Hukum Syarak yang disebut didalam seksyen 2 dan seksyen 55 diatas tiada ditafsirkan didalam perundangan negeri ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan