Rabu, 8 Januari 2014

PINDAAN - Saman dan Pliding

PINDAAN - Saman dan Pliding

Teringat saya akan kata-kata nasihat dari seorang Pensyarah/Peguam semasa memberi syarahannya – ‘Jangan Melompat Sebelum Tiba ke Pagar’. Beliau memaksudkan bahawa setiap pliding hendaklah mengandungi kes prima facie* yang baik tanpa memikirkan atau menjangka bantahan yang mungkin di timbulkan, kerana dengan berbuat demikian samalah dengan melompat sebelum tiba ke pagar. Defendan juga (maksud beliau) tidak perlu memberikan pembelaan bagi tuntutan yang belum dikemukakan kepadanya lagi, atau mengemukakan pliding bagi kausa tindakan yang tidak wujud dalam penyataan tuntutan.
*Terma ‘Prima facie’ (Arab: Min haithu al-Zahir) adalah perkataan Latin yang telah di terima-pakai dalam perundangan di Mahkamah di seluruh Malaysia bermaksud: kes-kes yang mempunyai bukti zahir secukupnya untuk di teruskan.

Namun sekiranya Pliding ataupun Saman yang di failkan itu kemudiannya di dapati perlu untuk di pinda atas sebab-sebab tertentu yang di bolehkan oleh Undang-Undang Tatacara maka tindakan sewajarnya boleh di ambil untuk meminda dokumen Saman dan Pliding sedemikian.

Posting kali ini adalah mengenai perkara ini sepertimana sub-topik berikut:

a.    Peruntukan Perundangan;
b.   Fi Mahkamah;
c.    Kes yang telah di putuskan Mahkamah Sivil menerima permohonan untuk pindaan Pembelaan; dan
d.   Kes yang telah di putuskan Mahkamah Sivil menolak permohonan untuk pindaan Pembelaan.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

a.    Peruntukan Perundangan

Di negeri Pahang menurut Bahagian X kepada Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pahang) 2002 Saman dan pliding boleh di pinda. Tatacara mengenai permohonan, bentuk dan lain-lain yang berkaitan dengan tindakan pindaan itu ada di nyatakan di dalam Enakmen tersebut.

Huraian dalam Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 sepertimana Warta Kerajaan Pahang Jil 55 No. 21 (Tambahan No. 6) bertarikh 10.10.2002 yang di bentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang mengenai Bahagian VIII Rang Undang-Undang tersebut menyatakan seperti berikut:


BAHAGIAN X

25. Bahagian X memperkatakan pindaan.

26. Fasal 80 dan 81 masing-masingnya mengadakan peruntukan mengenai tatacara meminda saman dan meminda permohonan. Fasal 82 memperkatakan prosiding cacat.  Fasal 83 menyatakan cara meminda dan Fasal 84 adalah berhubungan dengan kesilapan tulis atau ralat yang boleh dibetulkan oleh Mahkamah tanpa formaliti.

Rang Undang-Undang tersebut kemudiannya telah di luluskan di Dewan Undangan Negeri Pahang untuk diterima pakai. Maka dengan itu Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah tersebut mempunyai peruntukan seksyen 80 hingga 84 sepertimana berikut:

Seksyen 80. Pindaan kepada saman atau pliding

(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, membenarkan plaintif meminda samannya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara, jika ada, yang diarahkannya.

(2) Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan kebenaran membuat pindaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat selepas habis tempoh apa-apa tempoh had masa yang relevan yang berkuat kuasa pada tarikh pengeluaran saman itu, Mahkamah boleh, jika difikirkannya adil, memberikan kebenaran sedemikian atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

(3) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding boleh meminda plidingnya tanpa perintah Mahkamah pada bila-bila masa sebelum penyampaian kepada pihak yang satu lagi.

Seksyen 81. Pindaan kepada permohonan

Seksyen 80 hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan sesuatu permohonan sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan saman dan pliding.

Seksyen 82. Prosiding cacat

Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan supaya dibuat apa-apa pindaan bagi maksud —

(a) membetulkan apa-apa kecacatan atau ralat dalam mana-mana prosiding; atau

(b) menentukan soalan sebenar yang menjadi kontroversi atau bagi mencapai keadilan antara pihak-pihak.

Seksyen 83. Cara meminda

Sesuatu pindaan hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu salinan bersih dokumen yang dipinda, yang hendaklah menunjukkan pindaan yang telah dibuat, dan menyampaikan suatu salinan dokumen yang dipinda itu kepada pihak atau pihak-pihak yang satu lagi:

Dengan syarat bahawa jika pindaan itu diperintahkan semasa perbicaraan atau pendengaran mana-mana tindakan atau prosiding, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh mengikut budibicaranya meminda dokumen dalam fail Mahkamah dan penyampaian kepada pihak-pihak tidaklah perlu.

Seksyen 84. Keciciran atau peninggalan

Kesilapan tulisan atau ralat yang berbangkit daripada keciciran atau peninggalan tak sengaja boleh pada bila-bila masa dibetulkan oleh Mahkamah tanpa formaliti.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

b.   Fi Mahkamah

Apabila permohonan formal di buat oleh mana-mana pihak yang bertikai dalam prosiding kes maka timbullah isu mengenai bayaran fi kepada Mahkamah diatas pemfailan permohonan  pindaan tersebut. Fi Mahkamah adalah di tetapkan oleh Jadual Pertama kepada KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (FI, ELAUN DAN KOS) 2005 [Phg. P.U. 18/2005]. Bayaran-bayaran fi pemfailan/pendaftaran dokumen yang berkaitan dengan permohonan pindaan dan berkesampingan dengannya di Mahkamah Rendah Syariah dan di Mahkamah Tinggi Syariah adalah seperti berikut:

FI MAHKAMAH
(Nota: **MRS adalah singkatan kepada Mahkamah Rendah Syariah
manakala ***MTS pula adalah singkatan kepada Mahkamah Tinggi Syariah)

No.
Butiran
Fi MRS**
(RM)
Fi MTS***
(RM)
Catatan
4
Apabila memeteraikan saman terpinda atau permohonan terpinda.
5.00
10.00
5
Apabila menanda pembaharuan apa-apa saman atau permohonan atau pliding terpinda.
5.00
10.00
7
Apabila memeteraikan notis permohonan 
interlokutori.
10.00
20.00
8
Apabila memohon penyampaian proses 20.00
atau notisnya di luar bidang kuasa.
20.00
20.00
12
Apabila mencatatkan atau memeteraikan apa-apa perintah yang dibuat dalam Kamar.
10.00
20.00
Rayuan
15
Apabila memfailkan notis rayuan daripada Pendaftar kepada Hakim dalam Kamar.
10.00
10.00
16
Apabila memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
50.00
17
Apabila memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
100.00
Salinan-salinan Dokumen
Apabila membuat salinan dan menandakannya sebagai salinan diperakui bagi setiap folio.
2.00
2.00
Bagi tiap-tiap salinan kedua atau berikutnya jika salinan karbon atau melalui proses penduaan, bagi tiap-tiap folio.
0.50
1.00
20
Untuk memeriksa salinan bersih dan menandakannya sebagai salinan diperakui —
(a) dalam hal salinan fotografik atau fotostat bagi setiap lembaran;
1.00
1.00
(b) dalam apa-apa hal lain bagi setiap folio.
1.00
1.00


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

         c.    Kes yang telah di putuskan Mahkamah Sivil menerima permohonan                  untuk pindaan Pembelaan:

Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur
Dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Guaman Sivil 22-469-2005

Antara
RAJA ZARINA BINTI RAJA ZAINAL                                              ... PLAINTIF
dan
1. RAJA ZALEHA BINTI RAJA ZAINAL & 1 LAGI                   ...    DEFENDAN

KEPUTUSAN YA Hakim Dato V.T. SINGHAM pada 13hb Januari, 2011.

1. Notis Rayuan kepada Hakim Dalam Kamar ini (Lampiran 61) oleh plaintif adalah terhadap perintah yang diberikan oleh Penolong Kanan Pendaftar pada 4.11.2010 (Lampiran 66) dimana Saman Dalam Kamar (Lampiran 38) oleh defendan pertama untuk meminda Pernyataan Pembelaan defendan pertama (Lampiran 9) yang difailkan pada 17.8.2005 dibenarkan.

2. Setelah membaca dan meneliti Saman Dalam Kamar (Lampiran 38) yang disokong oleh affidavit defendan pertama (Lampiran 38A), affidavit jawapan plaintif (Lampiran 49), affidavit kedua defendan pertama (Lampiran 40), affidavit ketiga defendan pertama (Lampiran 50), affidavit keempat defendan pertama (Lampiran 54), affidavit balasan plaintif (Lampiran 55), hujahan ringkas bagi plaintif (Lampiran 63) bersama dengan Ikatan Otoriti Plaintif (Lampiran 63A), hujahan ringkas bagi defendan pertama (Lampiran 64) bersama dengan Otoriti-otoriti bagi defendan pertama (Lampiran 64A) dan selepas merujuk Aturan 20 Kaedah 5 dan 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, dan selepas mendengar hujah-hujah lanjutan secara lisan oleh kedua-dua pihak dan penyelidikan oleh Mahkamah ini, keputusan Mahkamah ini terhadap rayuan oleh plaintif adalah seperti berikut:-

3. Mahkamah ini ingin menyatakan terlebih dahulu bahawa rayuan ini terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar di atas permohonan (Lampiran 38) bukanlah satu rayuan seperti rayuan daripada keputusan Mahkamah Rendah setelah pendengaran bicara penuh dan dimana rayuan adalah pendengaran semula di atas Rekod Rayuan. Rayuan ini diterima dan didengar seperti satu permohonan yang didengar pertama kali di hadapan Hakim. (Rujuk kes Seloga Jaya Sdn Bhd lwn Pembinaan Keng Ting (Sabak) Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 97 di ms 106-107, dimana keputusan tersebut diikuti dalam kes Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman lwn Arab Malaysian Finance Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 30 di ms 37). Walaubagaimanapun, sekiranya keputusan Penolong Kanan Pendaftar diterima dan berdasarkan seperti satu budi bicara yang digunakan oleh Penolong Kanan Pendaftar, prinsip Undang-Undang untuk masuk campur di atas budi bicara yang diguna pakai terpakai.

 Dalam kes Maxwell v Kean [1928] 1 KB 645 Atkins L.J. berkata:-

“…in the exercise of a proper judicial discretion no judge ought to make such an order as would defeat the rights of a party and destroy them altogether, unless he is satisfied that he has been guilty of such conduct that justice can only be properly done to the other party by coming to that conclusion.”.

Dalam kes Packirisamy v Janagi [1970] 2 MLJ 202 Sharma J. berkata di m.s 203:-

“In exercising their discretion it is the duty of the court’s to exercise that discretion judicially, that is in accordance with commonsense and in doing so should bear in mind all that may promote justice and not defeat it. If discretion is exercised otherwise, it may only tend to strike at the root of justice or result injustice being done.”.

4.  Walaupun kaedah-kaedah Mahkamah yang peruntukkan untuk meminda pliding di mana-mana peringkat prosiding, ia tidak harus disalah guna pakai atau digunapakai hanya untuk kepentingan satu pihak sahaja sehingga ia akan membawa prejudis dan ketidakadilan kepada pihak penentang, Mahkamah ini memang dan harus berhatihati (vigilant) tentang penyalahgunaan kuasa Mahkamah (abuse of the rules of the court) atau sama ada budi bicara yang digunapakai oleh Penolong Kanan Pendaftar tidak dipakai secara kehakiman. Dalam kes ini, tidak dapat dinafikan bahawa permohonan oleh defendan pertama untuk meminda pernyataan pembelaan difailkan lewat dan lebih kurang 5 tahun daripada kali pertama Pernyataan Pembelaan difailkan iaitu pada 17.8.2005. Walau bagaimanapun, terdapat penjelasan bagi kelewatan tersebut dan permohonan tersebut difailkan pada peringkat hampir tarikh perbicaraan dahulu ditetapkan dimana penjelasan itu diterima oleh Mahkamah ini.

5. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati selepas meneliti dan membaca pindaan yang dicadangkan dimana telahpun difailkan pada 12.11.2010 (Lampiran 60) dan dimeteraikan, ia akan membawa ‘substantial injustice’ kepada defendan pertama sekiranya permohonan tersebut tidak dibenarkan apabila dibandingkan dengan keadaan dan kedudukan plaintif dimana plaintif boleh dipampas dengan kos sekiranya permohonan tersebut dibenarkan. (Rujuk kes (1) Clarapede & Co lwn Commercial Union Association [1883] 32 WR 262, (2) Looi Guan Kwong v Low Lean Bok & 4 Ors [1938] 8 MLJ 35, (3) Mahan Singh lwn Government of Malaysia [1973] 2 MLJ 149 di ms 150, (4) Palaniappan lwn Universiti Pertanian Malaysia [1995] 1 MLJ 353 di ms 360-370, (5) M-Fold Development Sdn Bhd v Altrue Sdn Bhd [2002] 2 CLJ 44 di ms 49-52, (6) Bumiputra-Commerce Bank Bhd & Ors v Bumi Warna Indah Sdn Bhd [2004] 4 CLJ 825 di ms 828-834). Walau bagaimanapun, didapati tidak ada sebarang perintah untuk penangguhan diperolehi oleh plaintif untuk defendan pertama tidak memfailkan pernyataan pembelaan terpinda sehingga rayuan ini diselesaikan atau dilupuskan.

6.  Untuk menyokong bantahan terhadap pindaan, peguam plaintif merujuk kepada kes-kes berikut:-

(i)  Aturan 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980
(ii) Raphael Pura v Insas Bhd & Anor (COA) [2001] 1 MLJ 49
(iii) Gurbachan Singh & Ors v T/N Muthu & Lee & Anor (HC) [2001] 2 CLJ 173
(iv) Taisho Co Sdn Bhd v Pan Global Equities Bhd & Anor (COA) [1999] 1 MLJ 359
(v)  Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd & Ors (FC) [1983] 1 MLJ 213
(vi) YB Dtk Dr Soon Choon Teck v YB Datuk Robert Lau Hoi Chew & Ors (COA) [2009] 3 MLJ 785
(vii) Dr. Thiagarajah a/l Retnasamy & Anor v Vijay Kanchan & Ors (HC) [2009] 1 MLJ 108
(viii) The Owners Of The Cargo Lately Laden On Board The Ship Or Vessel MV ‘VIVA OCEAN’ v The Owner Or Demise Charterers Of The Ship Or Vessel MV ‘VIVA OCEAN’ (HC) [2000] 7 MLJ 175
(ix) Re Man bin Mihat, Decd. [1965] 2 MLJ 1
(x) Wan Naimah v Wan Mohammad Nawawai (FC) [1974] 1 MLJ 41
(xi) Dato’ Kadar Shah bin Tun Sulaiman v Datin Fauziah binti Haron (HC) [2008] 7 MLJ 779
(xii) TM Feroze Khan & Ors v Meera Hussain bin TM Mohamed Mydin (COA) [2006] 5 MLJ 217
(xiii) Koh Siew Keng & Anor v Koh Heng Jin (COA) [2008] 3 CLJ 450

7. Untuk menyokong permohonan pindaan tersebut, peguam defendan pertama merujuk kepada kes-kes berikut:-

(i)  S&P Food Industries (M) Bhd v Razalli bin Shamsuddin and Another [2005] 3 MLJ 283
(ii) Yogananthy a/p AS Thambaiya v Idris bin Osman [2006] 2 MLJ 101
(iii) Aturan 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980
(iv) Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 213
(v) Hock Hua Bank v Leong Yew Chin [1987] 1 MLJ 230
(vi) HSBC Bank Malaysia Bhd v Macquarie Technologies (M) Sdn Bhd [2004] 4 MLJ 398
(vii) Abdul Johari bin Abdul Rahman v Lim How Cheng [1997] 1 MLJ 629
(viii) Bukit Waha Quarry Sdn Bhd v Teguh Permata Sdn Bhd [2007] 7 MLJ 396
(ix) Badiaddin bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393
(x) Chee Pok Choy & Ors v Scotch Leasing Sdn Bhd [2001] 4 MLJ 346

8. Aturan 20 Kaedah 5 dan 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 memperuntukkan:-

Aturan 20 Kaedah 5:-

(1) Tertakluk kepada Aturan 15, kaedah 6, 7 dan 8 dan peruntukan-peruntukan yang berikut dalam kaedah ini, Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding membenarkan plaintif meminda writnya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara (jika ada) sebagaimana yang diarahkannya. (penekanan oleh Mahkamah ini)

(2) Jika sesuatu permohonan kepada Mahkamah untuk kebenaran membuat pindaan yang disebutkan dalam perenggan (3), (4) atau (5) dibuat selepas apa-apa tempoh had masa yang relevan yang berkuatkuasa pada tarikh pengeluaran writ itu telah tamat, maka Mahkamah boleh bagaimanapun memberikan kebenaran sedemikian mengikut hal-hal keadaan yang disebutkan dalam perenggan itu jika difikirkannya adil berbuat demikian.

(3)  Sesuatu pindaan untuk memperbetulkan nama sesuatu pihak boleh dibenarkan di bawah perenggan (2) walaupun dikatakan bahawa kesan pindaan itu ialah untuk menggantikan suatu pihak baru jika Mahkamah berpuashati bahawa kesilapan yang hendak diperbetulkan itu adalah kesilapan yang tulen dan tidak mengelirukan atau hingga menyebabkan apa-apa keraguan yang munasabah tentang identity orang yang bermaksud hendak mendakwa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bermaksud hendak didakwa.

(4)  Sesuatu pindaan untuk mengubahkan sifat yang sesuatu pihak itu mendakwa (sama ada sebagai plaintif atau sebagai defendan melalui tuntutan balas) boleh dibenarkan di bawah perenggan 2) jika sifat, kiranya pindaan itu dibuat, yang pihak itu akan mendakwa ialah sifat yang pada tarikh pengeluaran writ atau pembuatan tuntutan balas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia mungkin telah mendakwa.

(5) Sesuatu pindaan boleh di benarkan di bawah perenggan (2) walaupun kesan pindaan itu ialah untuk menambahkan atau menggantikan suatu kausa tindakan yang baru jika kausa tindakan yang baru itu berbangkit daripada fakta-fakta yang sama atau sebahagian besarnya adalah fakta-fakta yang samaseperti kausa tindakan yang berkenaan dengannya relief telah pun dituntut dalam tindakan itu oleh pihak yang memohon kebenaran untuk membuat pindaan itu.

Aturan 20 Kaedah 8:-

(1) Bagi maksud menentukan soalan sebenar yang menjadi kontroversi di antara pihak-pihak dalam mana-mana prosiding, atau memperbetulkan apa-apa kecacatan atau ralat dalam mana-mana prosiding, Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding dan sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding itu memerintahkan mana-mana dokumen dalam prosiding itu dipinda atas apa-apa terma tentang itu atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara (jika ada) sebagaimana yang diarahkannya.

9. Dalam rayuan ini, Mahkamah ini berpuas hati bahawa sekiranya permohonan defendan pertama dibenarkan untuk pindaan seperti yang dicadangkan:

(a) Ia tidak akan menyebabkan kelewatan untuk meneruskan dengan perbicaraan kerana tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan dan tarikh bicara dahulu pada 16 dan 17 Jun 2010 telahpun dilapangkan terlebih dahulu.

(b) Ia tidak dibuat dengan tujuan yang tidak baik (mala fide.)

(c) Ia tidak akan membawa ketidakadilan atau prejudis kepada plaintif tetapi ia akan memberi gambaran lebih jelas bagi kes ini supaya Mahkamah ini dapat memberi keputusan yang adil. Sebaliknya, sekiranya pindaan tidak dibenarkan ia mungkin akan memprejudiskan dan membawa ketidakadilan kepada defendan pertama, dimana ia tidak boleh dipampaskan dengan kos.

(d) Ia tidak dibuat secara fraud atau irrelevant atau tidak berguna (useless).

(e) Ia akan membantu semua pihak termasuk Mahkamah ini untuk memutuskan (to determine) isu-isu yang sebenar di antara plaintif dan defendan pertama. (Rujuk kes Baker (G.L) Ltd lwn Medway Building and Supplies Ltd [1958] 1 WLR 1216 dimana Jenkins LJ berkata di ms 1231:

“It is a well established principle that the object of the court is to decide the rights of the parties, and not to punish them for mistakes they make in the conduct of their cases by deciding otherwise than in accordance with their rights… I know of no kind of error or mistake which, if not fraudulent or intended to over reach, the court ought not to correct, if it can be done without injustice to the other party. Courts do not exist for the sake of discipline, but for the sake of deciding matters in controversy, and I do not regard such amendment as a matter of favour or grace … It seems to me that as soon as it appears that the way in which a party has framed his case will not lead to a decision of the real matter in controversy, it is as much a matter of right on his part to have it corrected if it can be done without injustice, as anything else in the case is a mater of right (per Bowen LJ, in Cropper v Smith [1884] 26 Ch.D at p710-711, with which observations A.L Smith, LJ expressed “emphatic agreement” in Shoe Machinery Co. v Cultam, [1896] 1 Ch. at p112).”.

10. Walaupun satu permohonan seperti Lampiran 38 dibuat dekat dan hampir dengan tarikh perbicaraan, Mahkamah masih mempunyai budi bicara untuk menangguhkan kes sekiranya keadilan memerlukan defendan pertama itu diberi peluang untuk meminda pembelaan atau pliding dan supaya plaintif dapat mengambil langkah-langkah di atas pembelaan baru. (Rujuk kes Associated Leisure Ltd lwn Associated Newspapers Ltd [1970] 2 QB 450 di ms 457, Budding lwn Murdoch 1 Ch.D 42, Tildesley lwn Harper [1876] 10 Ch.D 396 di ms 397 dan Palaniappan lwn Universiti Pertanian Malaysia [1995] 1 MLJ 353). Dalam kes Tildesley lwn Harper, Bramwell, LJ berkata:

“My practice has always been to give leave to amend unless I have been satisfied that the party applying was acting mala fide, or that, by his blunder, he had done some injury to his opponent which he could not be compensated for by costs or otherwise.” “However negligent or careless may have been the first omission, and however late the proposed amendment, the amendment should be allowed if it can be made without injustice to the other side. There is no injustice if the other side can be compensated by costs”.

11. Mahkamah ini juga mendapati bahawa pindaan yang dicadangkan dan difailkan oleh defendan pertama diplidkan di atas fakta-fakta asal dan adalah allegasi tambahan dan lebih jelas bagaimana akaun bank dapat dipindahkan sehingga di Standard Chartered Bank di London dan oleh siapa. Pindaan kepada pernyataan pembelaan yang dicadangkan memplidkan isu-isu yang perlu dikemukakan dan bukan menukar ‘character’ pembelaan asal. Mahkamah ini juga mendapati isu had masa dan bidangkuasa Mahkamah ini untuk memutuskan terhadap tuntutan plaintif juga diplidkan dalam pembelaan terpinda dimana isu undang-undang dan bidangkuasa Mahkamah boleh dibangkitkan pada bila-bila masa dan dimana-mana peringkat prosiding dengan syarat ia haruslah diplidkan. (Rujuk kes (1) Yamaha Motor Co. Ltd lwn Yamaha Malaysia Sdn Bhd & Ors [1983] 1 MLJ 213, (2) Grant Advertising International Inc & Anor lwn Glaze [1968] 1 MLJ 31, Hock Hua Bank Bhd lwn Leong Yew Chin [1987] 1 MLJ 230 di ms 231-237, (3) Abdul Johari bin Abdul Rahman lwn Lim How Chong and Ors [1997] 1 MLJ 629 dan Hipgrave lwn Case [1885] 28 Ch.D 356, HSBC Bank Malaysia Bhd lwn Macquarle Technologies (M) Sdn Bhd [2004] 4 MLJ 398 di ms 403, Bukit Waha Quarry Bhd lwn Teguh Pertama Sdn Bhd [2000] 7 MLJ 396 di ms 400-407).

12. Mahkamah ini juga telah mengambilkira bahawa pindaan kepada pliding boleh dibuat pada mana-mana peringkat prosiding dan ini telah dengan jelas dinyatakan di bawah A.20 K.5 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980. (Rujuk kes Roe lwn Davies [1875-76] 2 Ch.D 729 di ms 733. Mahkamah ini ingin menyatakan bahawa Mahkamah ini mempunyai budi bicara yang luas, sama ada untuk membenarkan atau tidak satu pindaan kepada pliding. (This order gives this Court wide powers to permit parties to amend their pleadings at any stage of the proceedings but this power must be exercised in accordance with sound and settled judicial principles. However, each case will depend on its peculiar set of facts). (Rujuk kes Hancock Shipping Co. Ltd lwn Kawasaki Heavy Industries Ltd the Casper Traders [1992] 1 WLR 1025, (2) Brickfield Properties Ltd lwn Newton; Rosebud Holdings Ltd lwn Newton [1973] 3 AER 328).

Dalam kes Vincent Tang Fook Lam lwn Sok Chun Tang (P) [2004] 2 MLJ 145 di ms 154, pindaan kepada penyataan tuntutan dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di peringkat dimana defendan pertama telah menutup kes, dimana permohonan secara lisan dibuat oleh plaintif. Keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam kes Yoong Leok Kee Corporation Sdn Bhd lwn Chin Thong Tah Thai [1981] 2 MLJ 21 permohonan untuk pindaan kepada penyataan tuntutan dibuat selepas kedua-dua pihak plaintif dan defendan telah menutup kes masing-masing dan setelah membuat hujahan dan permohonan tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan budi bicara yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk membenarkan permohonan bagi pindaan. [Juga, rujuk kes Loutfi lwn Czarnikow Ltd [1952] 2 All ER 823].

Scrutton LJ dalam kes Blay lwn Pollard and Morris [1930] 1 KB 628 di ms 634 berkata:

“Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues they must be placed on the record by amendment.”.

Dalam kes Kettieman & Ors lwn Hansel Properties Ltd [1988] 1 All ER 38 Lord Griffiths berkata di ms 62:-

“Whether an amendment should be granted is a matter for  the discretion of the trial judge and he should be guided in the exercise of the discretion by his assessment of where justice lies. Many and diverse factors will bear on the exercise of this discretion. I do not think it possible to enumerate them all or wise to attempt to do so. But justice cannot always be measured in terms of money and in my view a judge is entitled to weigh in the balance the strain the litigation imposes on litigants, particularly if they are personal litigants rather than business corporations, the anxieties occasioned by facing new issues, the raising of false hopes, and the legitimate expectation that the trial will determine the issues one way or the other. Furthermore, to allow an amendment before a trial begins is quite different from allowing it at the end of the trial to give an apparently unsuccessful defendant an opportunity to renew the fight on an entirely different defence.

Another factor that a judge must weigh in the balance is the pressure on the courts caused by the great increase in litigation and the consequent necessity that, in the interests of the whole community, legal business should be conducted efficiently. We can no longer afford to show the same indulgence towards the negligent conduct of litigant as was perhaps possible in a more leisured age. There will be cases in which justice will be better served by allowing the consequences of the negligence of the lawyers to fall on their own heads rather than by allowing an amendment at a very late stage of the proceedings.”.

Dalam kes M. Fold Development Sdn Bhd v Altrue Sdn Bhd [2002] 2 CLJ 44, Abdul Malik Ishak H (sekarang HMR) berkata di ms 52:-

“The prominent feature in the present appeal would be this. That the defendant’s application to amend the statement of defence was made before the trial. By way of a comparison, reference ought to be made to the case of Algemene Bank Nederland NV v Happy Valley Restaurant Pte Ltd [1991] 2 MLJ 289, where the defendants there had applied to amend the defence only after the plaintiffs had closed their case and the court held that as the proposed amendments were of a material nature, the plaintiffs would be unfairly prejudiced. Of course, factually speaking, the case of Algemene Bank Nederland NV v Happy Valley Restaurant Pte Ltd (supra) were poles apart from the facts of the present appeal. Here unlike there, the trial had yet to begin and the proposed amendments were not prejudicial to the plaintiff. The proposed amendments were known to the prejudicial to the plaintiff. The proposed amendments were known to the plaintiff who had alluded to them in the statement of claim and those amendments too were meant to synchronise with the defendant’s version of the whole case. This was not the case where the defendant had acted in bad faith to amend the statement of defence as envisaged in the case of Lawrence v Lord Norreys [1888] 39 Ch.D 213 or even in the case of Busch v Stevens [1963] 1 QB 1. This was also not the case where the defendant sought to amend by proposing to introduce matters which have no relevance or were totally insignificant as was done in the case of The Central Queensland Meat Export Company v Gallop [1891-92] 8 TLR 225. Pure and simple, the proposed amendments that were sought were permissible under the law and this court had no choice but to entertain them. The SAR was perfectly right in allowing encl. 13.”.

Dalam kes Bacom Enterprise Sdn Bhd lwn Jong Chuk & Ors [1998] 2 CLJ 11 Mokhtar Sidin JCA berkata di ms 17:-

“Generally speaking, the exercise of the power to grant or refuse amendment of pleadings at any stage of the proceedings is in the discretion of the judge, but the power must always be exercised judicially having regard to the prevailing practice and whether the amendment sought by one party, if allowed would cause injustice or prejudice to the other party which cannot be compensated by costs, bearing in mind that it is not always easy to measure justice in terms of the money. Each application must therefore be decided in its own merits.
(Rujuk kes Abdul Johari Abdul Rahman v Lim How Chong & Ors [1997] 1 CLJ 361).

Dalam kes Skrine & Co v MBF Capital Bhd & Anor & Other Appeals [1998] 3 CLJ 432 Gopal Sri Ram HMR (pada masa itu) berkata di ms 481:-

“The amendments do not introduce any new plea. They merely explain or expand within limits the case already pleaded by the first defendant.”.
(Rujuk kes Kettieman & Ors v Hansel Properties Ltd [1989] 1 AC 189 di ms 212, 220, [1988] 1 All ER 38 di ms 82).

Dalam kes Bumiputra-Commerce Bank Bhd & Ors v Bumi Warna Indah Sdn Bhd [2004] 4 CLJ 825 Abdul Malik Ishak H (sekarang HMR) berkata di ms 836-889:-

“It is a truism to say that every amendment of pleadings is to improve a litigant’s chance of winning. There is nothing wrong in that. It is the right of every litigant to manoeuvre his way, upon legal advice, according to the RHC. The defendant here was doing just that. In my judgment, the defendant should not be denied leave to amend its defence in order to make good the defects in the pleadings so that the real issues between the parties would be tried and determined (Lee Ah Lan v Lee Kim Lan Construction Industries Sdn Bhd & Anor (supra)).

Next, it was argued that the defendant’s application to amend if allowed would raise new issues and defences during the appeal against summary judgment and this would go against the provisions of O. 56 r. 1 (3A) of the RHC. In rebuttal, I have this to say:

(1) that an appeal from the decision of the SAR to the judge in chambers was by way of a re-hearing (Seloga Jaya Sdn Bhd v Pembenaan Keng Ting (Sabah) Sdn Bhd [1994] 2 CLJ 716, SC);
(2) that the defendant merely sought to amend its defence and it was entitled to do so “at any stage of the proceedings”;
(3) that it was not the intention of the RHC to prohibit or restrict amendments; and
(4) to rely on such cases like Milik Perusahan Sdn Bhd & Anor v Kembang Masyur Sdn Bhd [2003] 1 CLJ 12 CA; Lau Foo Sun v Government of Malaysia [1970] 2 MLJ 70; Ponnusamy & Anor v Nathu Ram [1959] 25 MLJ 228; and Eshah binti Sa’at v Meriam Binti Sa’at & Ors [1975] 2 MLJ 97 in support of the contentions that the proposed amendments were useless as the defendant would be caught by O. 56 r. 1(3A) of the RHC would be to overlook the fact that the defendant was not attempting to introduce any fresh evidence as alleged but rather to advance the real issues in dispute between the parties. Even if there was a new defence introduced by the proposed amendments (which was not the case here), this court should exercise its discretion in favour of the defendant since the proposed amendments relate to the same facts or substantially the same facts as originally pleaded in the original defence. I reiterate that the amendments should be allowed in the interest of justice.

For all the reasons as adumbrated above, I was more than satisfied that this was a proper case where I should exercise my discretion in favour of the defendant. This meant that the defendant was entitled to amend its defence so that the real issues in dispute between the parties could be determined, once and for all.”.

13. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini ingin menyatakan dengan jelas agar keputusan Mahkamah ini tidak disalah tafsirkan kerana Mahkamah memang tidak menggalakkan sebarang permohonan untuk pindaan dibuat pada saat-saat yang terakhir dan lewat dan setiap kes hendaklah diputuskan berdasarkan kepada fakta-fakta, keadaan dan latar belakang dan keadilan kes itu.

Dalam kes Gan Boon Kyee lwn Yap Hong Sin & Anor [1997] 2 MLJ 598 Gopal Sri Ram HMR (pada masa itu) berkata:-

“It is axiomatic that the law assists the vigilant and not the indolent”.
(Rujuk kes Steward lwn North Metropolitan Tramsway Co [1886] 16 QBD 556).

Keputusan Mahkamah ini di permohonan Lampiran 38 adalah hanya berdasarkan kepada fakta-fakta dan keadaan kes ini khususnya di atas jenis tuntutan plaintif dan pembelaan pindaan yang dicadangkan.

14. Seterusnya sebahagian fakta dalam kes-kes yang dirujuk oleh peguam plaintif harus dibezakan apabila dibanding dengan fakta-fakta kes dan tuntutan plaintif dan pembelaan pindaan yang dicadangkan. Fakta-fakta kes-kes tersebut tidak mengikat Mahkamah ini kecuali Mahkamah ini mengikuti prinsip-prinsip undang-undang yang ditetapkan tentang bagaimanakah budi bicara harus digunakan.
(Rujuk kes Wood lwn Earl of Durham [1888] 21 QBD 501).

15. Akhirnya, di atas fakta-fakta dan keadaan kes ini seperti dinyatakan di atas dan selepas mengambil kira keadilan kes ini, imbangan keadilan (the balance of justice) memerlukan pindaan kepada pernyataan pembelaan oleh defendan pertama. Pindaan tersebut patut dibenarkan. Dengan itu, rayuan oleh plaintif ditolak. Perintah yang diberikan oleh Penolong Kanan Pendaftar pada 4.11.2010 dikekalkan.

(1) Pernyataan pembelaan Terpinda yang difailkan pada 12.11.2010 (Lampiran 60) bagi defendan pertama diterima dan dipakai untuk kes ini.
(2) Kos bagi rayuan ini ditanggung oleh pihak masing-masing.

Peguam bagi pihak Plaintif/Perayu           - Encik Badrul Munir Bukhari
                                                                   (Tetuan Shafee & Co)
Peguam bagi pihak
Defendan Pertama/Responden                 - Encik Tan Chong Lii
                                                                   (Tetuan Ranjit Ooi & Robert Low)


            d.   Kes yang telah di putuskan Mahkamah Sivil menolak permohonan                     untuk pindaan Pembelaan:

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
(BAHAGIAN SIVIL)
GUAMAN NO: S-22-571-2009

ANTARA

DATO’ DR. NOR SHAHIDAH BINTI KHAIRULLAH                  … PLAINTIF

DAN

KIM-WAH INDUSTRIES SDN BHD                                       … DEFENDAN


ALASAN PENGHAKIMAN - YA Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid pada 08.10.2011.

Defendan memohon kebenaran untuk pinda Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 28 JUN 2010 yang telah difailkan di bawah Aturan 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Lampiran 28 dan lampiran 28A (afidavit sokongan) adalah berkenaan. Pindaan yang di pohon adalah :-

1. Di para 5 untuk membatalkan bahawa Defendan mengakui dan bersetuju dengan para 5 dan 6 Pernyataan Tuntutan Plaintif;
2. Di para 11 untuk memasukkan perkataan-perkataan, ‘tertakluk kepada perjanjian sewa yang sedia ada dan hanya jika terma-terma dalam perjanjian jual beli formal antara Plaintif dan Defendan disetujui oleh kedua-dua pihak’.

Mahkamah telah menolak permohonan Defendan atas sebab-sebab seperti berikut:-

Saman Dalam Kamar bertarikh (lampiran 28) yang dikemukakan oleh Defendan bertarikh 19 OGOS, 11 berserta afidavit sokongan (lampiran 28A) adalah dirujuk. Afidavit Jawapan Plaintif (lampiran 29) dan afidavit balasan Defendan (lampiran 30) juga adalah berkenaan dan dirujuk.

Mengikut eksibit A-1 di lampiran 28A pada 15 JULAI, 09 Plaintif telah membayar RM28,000.00 kepada Defendan sebagai deposit untuk pembelian perkara subjek dalam tuntutan ini iaitu sebuah bangunan beralamat no 138,138-M, 138-1 & 138-2 Jalan Mega Mendung, Kompleks Batu, Batu 5 Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur tertakluk kepada syarat-syarat yang tertera di eksibit A-1.

Di para 10(d) Pernyataan Pembelaannya Defendan ada mengatakan bahawa pada 27 JULAI 09 Defendan enggan menjualnya namun demikian pada 12 OGOS 09 telah bersetuju untuk menjualnya semula. Sehubungan dengan ini Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa persetujuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian sewa yang ujud.

Sehubungan dengan perkara di atas dalam tindakannya di mahkamah Plaintif memohon relif untuk pelaksanaan spesifik berhubung surat tawaran bertarikh 15 JULAI 09 yang telah dilaksanakan. Dengan itu perkara pokok yang menjadi isu dan perlu ditentukan oleh mahkamah ini adalah samada perjanjian penjualan antara Plaintif dan Defendan tertakluk kepada perjanjian sewa yang ujud.

Tidak kira peguam mana yang menyediakan Pliding Defendan serta dokumen-dokumen yang berkaitan semua arahan adalah dari Defendan yang sama. Fakta yang dipersetujui dan isu untuk dibicarakan adalah semuanya menyokong fakta bahawa perkara pokok yang harus ditentukan oleh mahkamah adalah samada penjualan hartanah berkenaan tertakluk kepada penyewaan sedia ada atau tanpa penyewaan. Perkara ini adalah jelas dalam semua keadaan dan jika pindaan dibenarkan ianya adalah bertentangan dengan fakta dan isu yang selama ini telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Sekiranya pindaan dibenarkan ini bermakna perkara itu bukan lagi isu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebaliknya merupakan sesuatu fakta terbukti yang diplidkan oleh Defendan dan akan menjejaskan perbicaraan adil dalam tuntutan ini, yang tidak dapat dipampaskan dengan kos. Ianya juga akan menukar ‘character’ tuntutan. Pada pandangan mahkamah permohonan ini tidak bona fide.

Peguam bagi pihak Plaintif    : Encik Adam bin Abdullah
                                               (Tetuan Adam Abdullah & Mani)
Peguam bagi pihak Defendan: Encik C.C. Chong
                                               (Tetuan C.C. Chong & Associates)

Nota: Kedua-dua kes c dan d diatas adalah mengenai prinsip dan ratio yang di gunapakai oleh Mahkamah apabila hendak melaksanakan budibicara kehakimannya dalam membenarkan ataupun menolak sesuatu permohonan untuk meminda pliding yang berkaitan. Kes-kes itu juga dengan jelas menunjukkan alasan yang bagaimana yang diterima atau ditolak Mahkamah dalam permohonan pindaan Pliding. Alasan-alasan Penghakiman tersebut sedikit sebanyak dapat juga memberi panduan dan ingatan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding apabila merangka Pliding/Saman serta apabila ingin menyatakan alasan untuk membuat permohonan kepada Mahkamah bagi meminda Pliding/Saman.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan