Isnin, 9 Jun 2014

PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH MUT’AH

– siri1 – muqaddimah

AM

Setelah si isteri berjaya dalam tuntutan mut’ahnya dengan muktamad dan tiada penangguhan pelaksanaan Perintah di keluarkan oleh Mahkamah Syariah maka pihak suami hendaklah membayar jumlah mut’ah yang diperintahkan itu. Pihaksuami juga hendaklah dari masa kesemasa menghubungi dan memberitahu Mahkamah yang mengeluarkan Perintah Penghakiman yang berkenaan akan alamat tempat tinggalnya selagi bayaran mut’ah yang di perintahkan itu belum di jelaskan sepenuhnya. Jika gagal berbuat demikian maka ianya adalah di sifatkan sebagai satu tindakan menghina Mahkamah.  Kewajipan mematuhi perkara sedemikian adalah di peruntukkan oleh seksyen-seksyen 147 dan 135 (3) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Pahang 2002 secara bersesama.

Seksyen 147. Kewajipan mematuhi

(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam sub-seksyen 135 (3).

(2) Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan mahkamah.

Seksyen 135. Penghakiman, dsb. yang menghendaki perbuatan dilakukan; masa untuk melakukannya

(1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28, telah disampaikan kepadanya.


JADUAL KETIGA - Borang MS 28
(Subseksyen 135 (3))

PERINTAH/PENGHAKIMAN

(Tajuk Am)

(Nyatakan Jenis Perintah/Penghakiman)

Bertarikh pada .............................. haribulan .......................20 ............


..........................
Hakim/Pendaftar

PENGENDORSAN

Ambil perhatian bahawa, jika anda abai mematuhi perintah (atau penghakiman) ini, dalam masa yang dihadkan dalamnya, atau dalam masa empat hari selepas penyampaian perintah ini kepada anda, mengikut mana-mana yang terkemudian, maka anda melakukan suatu penghinaan Mahkamah dan dengan itu boleh dikomitkan ke penjara.


..........................
Hakim/Pendaftar




^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

PENGUATKUASAAN PERINTAH MUT’AH

Sekiranya pihak suami gagal untuk mematuhi atau membayar jumlah mut’ah sebagaimana yang di perintahkan maka tindakan penguatkuasaan perintah / penghakiman boleh di ambil oleh pihak isteri bagi mendapatkan bayaran mut’ah dari suami. Terdapat beberapa seksyen yang memperuntukan pelaksanaan tertentu di bawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002. Dalam posting ini kita hanya perturunkan peruntukan seksyen-seksyen yang berkaitan sahaja dahulu.

Jenis-jenis pelaksanaan

I.             Jenis-jenis pelaksanaan sedemikian yang di peruntukan oleh seksyen 148 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 adalah:

a.    Perintah penyitaan dan penjualan;
b.   Hiwalah;
c.    Pengkomitan.

Seksyen 148 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 memperuntukkan:

Seksyen 148. Penguatkuasaan penghakiman, dsb. bagi pembayaran wang

(1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(a) perintah penyitaan dan penjualan;
(b) prosiding hiwalah; atau
(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.

(2) Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.

(3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.

Seksyen 148 tersebut merujuk kepada seksyen 151 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002 dan peruntukan yang berkaitan adalah seksyen 151(1)(a)(aa) :

Seksyen 151. Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan
(1) Jika—

(a)  seseorang yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman atau perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau dalam masa yang dilanjutkan atau dipendekkan di bawah seksyen 238, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b) ...,

maka, tertakluk kepada Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(aa) dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan; atau

(bb) ...

Merujuk kepada seksyen 151(1)(a) tersebut, kebiasaannya perintah membayar mut’ah tidak dinyatakan tempohmasa ia hendaklah di buat. Oleh itu seksyen 152(2) dan (3) Enakmen dapat membantu jika suami tidak membayar mut’ah setelah Perintah mut’ah yang bermetrai telah di keluarkan. Berikut ialah peruntukan seksyen 152 tersebut:

Seksyen 152. Kuasa Mahkamah untuk menetapkan masa

(1) Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Jika sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat suatu perintah kemudiannya yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3) Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.

Borang MS 34 yang di sebutkan itu adalah seperti berikut:


JADUAL KETIGA
Borang MS 34

(Subseksyen 152 (3))

PERMOHONAN UNTUK MENETAPKAN MASA

(Tajuk Am)

Kepada ................................................ defendan (atau Peguam Syarie bagi defendan)

Ambil perhatian bahawa ........................................ pemohon yang dinamakan di atas akan memohon kepada Mahkamah ..................................... Syariah di ....................................... pada hari ............ pada ................... haribulan .......... 20 ....... pada pukul .......... pagi/petang untuk mendapatkan suatu perintah menetapkan masa untuk ............................................ sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah ............................ Syariah dalam perintah bertarikh pada ........... haribulan ......... 20 .......

2. Permohonan ini disokong dengan afidavit sebagaimana yang dilampirkan. 

Bertarikh pada ....................... haribulan .......................... 20 ........



.....................................................................
Pemohon (atau Peguam Syarie bagi Pemohon)

Permohonan ini difailkan oleh pemohon (atau Peguam Syarie bagi pemohon) yang alamat ............................... ...................................... .................... ...................... .......................... ................................... ...........................



II.           Selain dari jenis-jenis tersebut, terdapat juga pelaksanaan yang berikut untuk menguatkuasakan Perintah bayaran mut’ah di bawah enakmen yang sama:

a.    Saman Penghutang Penghakiman [s. 176(1);
b.   Perintah pengkomitan kerana enggan mematuhi Perintah melunaskan hutang yang di keluarkan dalam prosiding Saman Penghutang Penghakiman Penghakiman [s. 179 hingga 183 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2002];

Seksyen 176. Permohonan untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman

(1) Jika penghakiman Mahkamah adalah untuk mendapatkan pembayaran wang, pemiutang penghakiman yang berhak menguatkuasakan penghakiman itu boleh menghendaki penghutang penghakiman yang bertanggungan di bawah penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk diperiksa secara lisan tentang keupayaannya membayar atau menyelesaikan hutang penghakiman itu dan untuk mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi pembayaran itu.

Seksyen 179. Permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman

(1) Jika seseorang penghutang penghakiman tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, pemiutang penghakiman boleh, melalui notis penghakiman, meminta penghutang penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran itu.

(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dan diangkat sumpah oleh pemohon dalam Borang MS 44.


JADUAL KETIGA
Borang MS 44

(Subseksyen 179 (2))

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN NOTIS PENGHAKIMAN

(Tajuk Am)

Saya .................................................... yang beralamat di ........................ plaintif (atau defendan) dan pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas memohon supaya suatu notis penghakiman dikeluarkan terhadap penghutang penghakiman untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana ingkar membuat pembayaran.

(butir-butir penghakiman dan penghutang penghakiman)

(a) Nama dan alamat penuh penghutang penghakiman.

(b) Tarikh dan butir-butir peirntah bagi pembayaran yang berkenaan dengannya kemungkiran telah dilakukan.

(c) Jumlah amaun yang telah dibayar sejak tarikh perintah itu.

(d) Jumlah wang atau ansuran yang berkenaan dengannya kemungkiran telah dilakukan.

(e) Tarikh jumlah wang atau ansuran itu sepatutnya telah dibayar mengikut perintah itu.

(f) Pekerjaan penghutang, hal keadaan dan kemampuannya untuk membayar, setakat yang diketahui oleh pemohon.

Bertarikh pada .............................. haribulan ....................... 20 .........



....................................
Plaintif (atau Defendan)

AFIDAVIT SOKONGAN

Saya, ............................................................. pemiutang penghakiman yang dinamakan di atas bersumpah dan menyatakan:

Bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar sepanjang yang saya ketahui dan percaya.

Diangkat sumpah (seperti dalam Borang MS 26).



III.         Satu lagi jenis cara mendapatkan bayaran adalah melalui apa yang di sebut sebagai pembahagian mengikut kadar [s. 186 dan s. 56 Enakmen];

Seksyen 186. Hasil jualan pelaksanaan hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan pemiutang penghakiman

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika aset dihasilkan melalui penjualan atau selainnya pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan pada melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang sama tetapi belum lagi mendapat penunaiannya, maka aset itu, setelah dipotong kos penghasilan itu, hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan semua orang itu:

Dengan syarat bahawa—

(a) jika harta itu dijual tertakluk kepada suatu gadaian, pemegang gadaian tidaklah berhak berkongsi dalam apa-apa lebihan yang berbangkit daripada hasil jualan itu;

(b) jika mana-mana harta yang kena dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman adalah tertakluk kepada suatu gadaian, Mahkamah boleh, dengan persetujuan pemegang gadaian itu, memerintahkan supaya harta itu dijual bebas daripada gadaian itu, dengan memberi pemegang gadaian itu hak yang sama terhadap hasil jualan itu seperti yang dipunyai olehnya terhadap harta yang dijual itu; dan

(c) jika mana-mana harta tak alih dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman yang memerintahkan penjualannya bagi melepaskan bebanan atas harta itu, hasil jualan itu hendaklah digunakan—

(i) pertamanya, bagi menjelaskan perbelanjaan penjualan itu;

(ii) keduanya, bagi melepaskan wang pokok yang kena dibayar atas bebanan itu;

(iii) ketiganya, bagi melepaskan wang pokok yang kena dibayar atas bebanan kemudiannya, jika ada; dan

(iv) keempatnya, dibahagikan mengikut kadar antara pemegang-pemegang perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang telah, terdahulu daripada penjualan harta itu, memohon kepada Mahkamah yang meluluskan perintah atau penghakiman itu dan belum lagi mendapat penunaiannya.

(2) Jika kesemua atau mana-mana aset yang kena dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang yang tidak berhak menerima pembahagian itu, mana-mana orang yang berhak sedemikian boleh mendakwa orang itu supaya memulangkan aset itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengecewakan atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang di bawah peruntukan undang-undang bertulis lain patut dibayar mengikut keutamaannya.

Seksyen 56. Hak mendapatkan relief dengan cara interplider

Jika—

(a) seseorang bertanggungan berkenaan dengan hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh dua orang atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan berkenaan dengannya; atau

(b) tuntutan dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu dikeluarkan,

maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.


IV.         Adakah Saman Interplider juga adalah juga satu lagi cara [peruntukan Saman Interplider ini terdapat dalam s. 56 – 62 Enakmen]:

Seksyen 57. Tuntutan untuk mendapatkan barang, dsb., yang diambil dalam pelaksanaan

(1) Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.

(2) Apabila menerima tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.

(3) Jika—

(a) bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan gagal, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan

(b) tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik, 

maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.

(4) Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.

Seksyen 62. Perbicaraan isu interplider

(1) Bahagian XV hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan isu interplider sebagaimana Bahagian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa kausa atau perkara lain.

(2) Mahkamah yang membicarakan isu interplider boleh memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding interplider itu.

(3) Penghakiman itu mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 15.


JADUAL KETIGA
Borang MS 15

(Subseksyen 62 (3))
PENGHAKIMAN (ATAU PERINTAH) MENGENAI SAMAN INTERPLIDER

(Tajuk Am)

Apabila sahaja Saman Interplider (atau Saman) ini dikemukakan untuk pendengaran di hadapan Yang Arif Tuan Hakim .............................................. pada hari ........... pada .......... haribulan ....... 20 .... dan setelah mendengar keterangan yang dikemukakan dan apa yang dikatakan oleh pihak-pihak (atau Peguam Syarie mereka)

(Masukan Bahagian Berkuat Kuasa yang berkenaan).

(Bahagian-Bahagian Berkuat Kuasa)

(a) Di bawah pelaksanaan

Dihakimi mengenai tuntutan .................................................... ke atas (nyatakan harta) (atau ke atas hasil jualan) (atau nilai) bagi (nyatakan harta itu) yang diambil dalam pelaksanaan di bawah proses yang dikeluarkan daripada Mahkamah ini atas permintaan ..................................... pemiutang pelaksanaan, bahawa (nyatakan harta) (atau hasil jualan) (atau nilai) (atau sebahagian daripada harta tersebut) (atau hasil jualan) (atau nilai) tersebut iaitu (nyatakannya) itu ialah (atau bukanlah) harta pihak menuntut.

Dan diperintahkan bahawa ............................................................... tersebut hendaklah membayar kepada ........................ tersebut sejumlah wang sebanyak RM .............bagi perbelanjaan tambahan pelaksanaan dan penyimpanan dalam milikan yang disebabkan oleh tuntutan itu).

(Masukkan arahan tentang pelupusan apa-apa wang di dalam Mahkamah).

(b) Dalam suatu tindakan belum selesai

Pada hari ini dihakimi mengenai tuntutan plaintif dan pihak menuntut ke atas ...................................... (sebahagian daripada) hal perkara tindakan ini bahawa tuntutan plaintif (atau pihak menuntut) adalah sah dan bahawa pihak menuntut (atau plaintif) tidak mempunyai apa-apa tuntutan mengenainya.

(Dan dihakimi selanjutnya bahawa plaintif (atau pihak menuntut) berhak mendapat daripada defendan sejumlah wang sebanyak RM ........... kerana hutang dan RM .............. bagi kos yang semua sekali berjumlah sebanyak RM ...........)

(Dan diperintahkan - di sini masukkan apa-apa perintah untuk penghantaranserahan harta itu).

Dan dihakimi selanjutnya bahawa planitif (atau pihak menuntut) berhak mendapat jumlah wang sebanyak RM ......... daripada pihak menuntut (atau plaintif) bagi kos ................. (tambah jika apa-apa kos diawardkan kepada defendan terhadap plaintif atau pihak menuntut).

Dan dihakimi selanjutnya bahawa defendan berhak mendapat jumlah wang sebanyak RM .......... bagi kos daripada plaintif (atau pihak menuntut).

(Jika pihak menuntut tidak hadir dan suatu perintah dibuat menghalang tuntutannya, maka teruskan seperti yang berikut:

Dan oleh sebab pihak menuntut ....................................................... tidak hadir, maka diisytiharkan bahawa ........................................ tersebut dan semua orang yang menuntut di bawahnya terhalang selama-lamanya daripada membuat tuntutan itu terhadap palintif dan semua orang yang menuntut di bawahnya).

(c) Dalam apa-apa hal lain 

Pada hari ini dihakimi (di sini nyatakan penghakiman yang menentukan tuntutan antara pemohon dan mana-mana pihak menuntut yang hadir atau, jika semua pihak menuntut hadir, penghakiman yang menentukan hak dan tuntutan semua pihak dan apa-apa perintah tentang pembayaran, atau penghantarserahan harta dan kos) ....................... ................ ............................................

(Jika mana-mana pihak menuntut tidak hadir dan suatu perintah dibuat menghalang tuntutannya, maka teruskan seperti yang berikut:

Dan oleh sebab pihak menuntut ................................................. tidak hadir, maka diisytiharkan bahawa ................................................. tersebut dan semua orang yang menuntut di bawahnya terhalang selama-lamanya daripada membuat tuntutan terhadap ............................ pemohon dan semua orang yang menuntut di bawahnya).

(Testimonium)


Bertarikh pada ................ haribulan ................ 20 ............

(Meterai)

..............
Pendaftar



V.           Kuasa kepada Bailif untuk pelaksanaan ada di nyatakan dalam seksyen155 dan 159 terutama s. 159 (1)(d). Berikut ialah seksyen-seksyen tersebut:

Seksyen 155. Mengeluarkan perintah pelaksanaan

Tertakluk kepada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 35 dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada bailif bagi pelaksanaan.


JADUAL KETIGA
Borang MS 35

(Seksyen 155)

PERINTAH PELAKSANAAN

(Tajuk Am)

Kepada Bailif,

Atas permohonan pemiutang penghakiman, anda dengan ini diperintahkan supaya melaksanakan penghakiman bertarikh .................. haribulan ............. 20 .......... yang diperoleh oleh pemiutang penghakiman terhadap penghutang penghakiman yang butir-butirnya ialah seperti yang berikut:

Amaun penghakiman .................................... ..........................
Kos ..............................................................
Kos bagi perintah ini ..........................................
Amaunyang kena dibayar .................

Tarikh perintah yang memberikan kebenaran untuk pelaksanaan ............................... dan anda hendaklah melaksanakan penghakiman tersebut melalui mana-mana cara yang berikut:

(1) ............................... ............................................
(2) ................................................. ................................. (3) ................................. .............................................

dan bahawa selepas membayar fee yang ditetapkan dan perbelanjaan pelaksanaan (termasuk kos bagi permintaan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan dan kos melaksanakannya), membawa ke dalam Mahkamah apa-apa wang yang telah dilevikan dan dengan serta-merta mengembalikan perintah ini kepada Mahkamah.

Bertarikh pada .......... haribulan .................. 20 ..........


..................
Pendaftar



Seksyen 159. Jenis pelaksanaan

(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:

(a) mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;

(b) menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal ‘alaih kepada penghutang penghakiman itu;

(c) menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu ; atau

(d) menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.

VI.         Seksyen 244 Enakmen menyebut mengenai Kuasa sedia ada Mahkamah. Persoalan mengenai  samada dalam seksyen 244 tersebut terdapat atau tidak bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk melaksanakan sebarang cara pelaksanaan itu akan di bincangkan kelak termasuklah persoalan mengenai bidangkuasa untuk memotong gaji/pendapatan, penjualan harta tak alih dsb. Berikut ialah peruntukan seksyen tersebut:

Seksyen 244. Kuasa sedia ada Mahkamah

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.

VII.       Satu lagi cara  untuk isteri menguatkuasakan Perintah mut’ah ialah dengan memohon sabitan Penghinaan Mahkamah dari Mahkamah di bawah seksyen 229 [walaupun seksyen itu adalah mengenai kesalahan jenayah tetapi ia berada dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah].

Seksyen 229. Notis menunjukkan sebab

(1) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

(2) Jika penghinaan dilakukan di dalam Mahkamah, maka tidaklah perlu bagi Mahkamah menyampaikan notis untuk menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah memastikan bahawa orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu faham tentang jenis kesalahan yang dikatakan terhadapnya dan diberi peluang untuk didengar untuk membela dirinya, dan Mahkamah hendaklah membuat suatu rekod yang sepatutnya mengenai prosiding itu.

(3) Dalam hal penghinaan yang dilakukan di luar Mahkamah, notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^